fbpx

Pelajar PhD perkosa 10 wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Zhenhao Zou. - Polis Metropolitan 

LONDON – Seorang pelajar China didapati bersalah mendera dan merogol 10 wanita, lapor portal berita DW semalam. 

Zhenhao Zou, 28, berpindah ke London untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Universiti Kolej London pada 2019. 

Akhbar The Guardian melaporkan, Zou pulang ke China beberapa hari selepas seorang wanita tampil membuat aduan bahawa dia dirogol oleh tertuduh pada November 2023. 

Tertuduh bagaimanapun berjaya ditahan selepas kembali ke London. 

Zou didapati bersalah oleh Mahkamah Inner Crown atas kesalahan merogol tiga wanita di United Kingdom (UK) dan tujuh di China antara 2019 hingga 2023. 

Selain merakam dirinya semasa merogol wanita-wanita tersebut, dia turut menyimpan beberapa barangan mereka sebagai ‘cenderahati’. 

“Zou mencari mangsanya menerusi aplikasi temu janji dan menjemput mereka ke rumah untuk minum bersama sebelum diberikan dadah. 

“Kebanyakan mangsa tidak sedarkan diri ketika dirakam akibat dadah yang diberi oleh Zou,” tambah polis. 

Pendakwa raya, Catherine Farrelly KC menyifatkan Zou sebagai ‘pemangsa seksual yang kelihatan pintar dan menawan tetapi mengeksploitasi wanita untuk jenayahnya’.

Zou juga disabit bersalah kerana memiliki pornografi melampau, menggunakan dadah terlarang  seperti butanediol untuk merogol. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI