fbpx

Lelaki bawa kipas sendiri tarawih di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki membawa kipas angin ke masjid untuk menunaikan solat tarawih. - Suara.com

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai kerana membawa kipas angin sendiri ke masjid untuk menunaikan solat tarawih, lapor portal berita Suara.com semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @cutie_bigboy memaparkan lelaki memakai jubah itu berjalan kaki ke masjid bersama kipas angin yang dibawa dari rumah. 

Dia bertindak sedemikian agar lebih khusyuk dan sejuk semasa menunaikan solat tarawih. 

“Saya tidak boleh fokus disebabkan panas,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi. 

“Tidak mengapa, yang penting khusyuk solat tarawih,” kata seorang netizen. 

“Esok masuk larang jemaah bawa kipas, kalau mahu kena bawa elektrik sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI