PETALING JAYA – Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Ridzokumura berkongsi nota terakhir peninggalan arwah isterinya, Akiko Okumura yang membuatkan ramai sebak.
Menerusi siaran langsung ‘live’ di TikTok, Ridzuan menunjukkan nota yang ditulis oleh arwah isterinya yang berniat menyediakan sahur untuk dia dan anak mereka, Sky Taizo Okumura.
“Dia nak buat nota bersahur untuk saya dan Sky, rupanya pagi itu,” kata Ridzuan dalam nada sebak.
Lebih menyentuh hati, arwah melukis gambar makanan dan minuman dalam notanya sebagai peringatan, kerana tahu suaminya seorang pelupa.
Menurut Ridzuan, ia merupakan nota terakhir yang ditinggalkan arwah ketika ingin berkongsinya di ‘live’.
Perkongsian tersebut telah menyentuh hati ramai netizen, dengan rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada pempengaruh dan usahawan itu. – KOSMO! ONLINE
@azscarfempire #akiko #trending #fypシ゚vira #bawalshawlraya ♬ original sound – Azscarfempire