fbpx

Enam jenis ubat dirampas bantu siasatan kes isteri Ridz Okumura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika ditemui pemberita selepas hadir sama meninjau kilang haram e-waste di Telok Panglima Garang di sini, petang ini. FOTO:AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Enam jenis ubat berbentuk pil dipercayai dari Jepun dirampas polis bagi membantu siasatan kes kematian isteri usahawan dan pempengaruh, Ridz Okumura yang maut terjatuh dari sebuah kondominium di Subang Jaya, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua ubatan yang ditemui di kediaman mangsa itu akan dihantar kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengenal pasti jenisnya.

“Kita kena jumpa pakar ubat untuk kenal pasti apa ubatan itu sama ada ia ubat biasa atau ubat lain.

“Selain itu, kita meminta bantuan ahli farmasi KKM dan juga kedutaan Jepun sekiranya diperlukan,” katanya selepas meninjau sebuah kilang haram memproses sisa elektronik termasuk 50 tan peluru dan kelongsong di Telok Panglima Garang di sini, petang ini.

Menurut beliau, polis telah merekodkan keterangan enam individu Ridzokumura dan anaknya.

“Empat lagi individu adalah pihak hospital yang melakukan bedah siasat dan saksi awam yang berada di tempat kejadian. Kes berkenaan masih disiasat sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI