fbpx

73 laporan diterima, kertas siasatan Era FM dirujuk AGC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis menerima sebanyak 73 laporan berkait penyampai Era FM yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu menerusi satu video baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan dirujuk Pejabat Peguam Negara (AGC) Putrajaya hari ini untuk tindakan selanjutnya.

“Kita terima 73 laporan berhubung isu mempersenda upacara agama lain di sebuah stesen radio.

“Setakat ini, tiada lagi individu lain yang dipanggil memberi keterangan,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan enam kakitangan stesen radio Era FM dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Difahamkan enam kakitangan itu termasuk tiga penyampai radio stesen terbabit.

Menurut Razarudin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI