PETALING JAYA – Seorang penjaja naik hantu apabila bertindak menggigit lengan seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas berang gerainya disita semalam.
Peniaga itu dipercayai bertindak demikian selepas gagal menunjukkan lesen perniagaan apabila diminta anggota itu ketika menjalankan operasi di sekitar ibu negara.
Gigitan itu meninggalkan kesan yang agak dalam pada bahagian lengan dan berdarah.
Penguat kuasa DBKL itu menahan sakit selama beberapa minit sebelum beberapa rakannya yang lain berjaya untuk membantunya melepaskan diri daripada gigitan peniaga berkenaan.
Difahamkan, peniaga itu berang apabila gerai jualan di bazar Ramadan disita kerana tidak mempunyai lesen.
Netizen pula menyifatkan tindakan pihak berkuasa tidak berperikemanusian lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.
“Peniaga ini orang Melayu Islam kita, sakit hati bulan Ramadan diperlakukan seperti binatang, permohonan surat secara atas talian semua dah hantar, DBKL palau sampailah dah mula puasa tak dapat maklum balas, habis itu peniaga yang tak dapat tapak rasmi nak meniaga di mana,” komen Nur Tyaa.
“Habis peniaga Melayu diganggu, nak tumpang cari rezeki pun tak boleh,” komen Aniq Aniqa. – KOSMO! ONLINE