fbpx

Worldwide Holdings tunai zakat RM2.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan daripada Norazlina pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

PETALING JAYA – Worldwide Holdings Berhad (WHB) telah menyempurnakan tanggungjawab membayar zakat perniagaan berjumlah RM2.9 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2025 haul 2024. 

Penyerahan bayaran zakat oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Norazlina Zakaria, kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Menurut Norazlina, pihaknya percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat tidak hanya diukur dari segi keuntungan tetapi juga dari segi sumbangan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.  

“Sumbangan zakat ini adalah merupakan sebahagian komitmen jangka panjang syarikat dalam membangunkan masyarakat secara lestari dan progresif, serta memperkukuhkan kesejahteraan sosial di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

WHB komited dalam memenuhi misi menyumbang semula kepada rakyat Selangor dan membantu LZS merealisasikan dan mengembangkan perancangan berkaitan pembangunan sosio ekonomi golongan asnaf seperti inisiatif pendidikan dan sosial.

Ini terutamanya menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘Worldwide Prihatin’, termasuk kerjasama strategik bersama Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) bagi menyediakan alat bantuan pendidikan untuk para di bawah naungan YRMS dari golongan asnaf fakir miskin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI