fbpx

Program EmpowerHER Digital perkasa wanita B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anuar Fariz (dua dari kiri, duduk depan) pada majlis pelancaran Program EmpowerHER Digital di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA –  Kementerian Digital yang dipacu oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Digital Nasional Berhad (DNB) dan SMECorp Malaysia telah bekerjasama melancarkan Program EmpowerHER Digital bertujuan untuk memperkasa wanita B40.

Melalui program tersebut ia akan dapat membantu wanita daripada kumpulan tersebut mendapat akses kepada kemahiran digital dan pasaran untuk menjana pendapatan dan membina perniagaan yang mampan dalam ekonomi digital.

Sebagai sebahagian daripada usaha merapatkan jurang digital, program ini menawarkan
bengkel interaktif, sesi perkongsian industri, dan pameran mini yang memberi peluang
kepada peserta untuk mempelajari strategi perniagaan digital, penjenamaan atas talian,
serta pembiayaan dan akses pasaran.

Antara rakan industri utama yang terlibat termasuklah Shopee, TikTok, CGC Digital, dan Pixlr.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil, berkata, EmpowerHER Digital
bukan sekadar latihan, tetapi satu gerakan untuk membina ekosistem sokongan yang
mampan.

Menurut beliau, program ini membekalkan wanita B40 dengan kemahiran digital, akses
pasaran, dan bimbingan mentor agar mereka dapat membina perniagaan yang berdaya
saing.

“Sebagai pemudah cara ekonomi digital negara, MDEC memastikan wanita bukan
sekadar pengguna teknologi, tetapi juga penggerak inovasi dalam ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pelancaran EmpowerHER Digital 2025 mencerminkan komitmen kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam memperkasakan wanita dalam ekosistem digital.

Dengan lebih banyak peluang dalam keusahawanan digital,program, ini bukan sahaja membantu meningkatkan daya saing wanita B40, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan ekonomi diri, keluarga, dan komuniti secara keseluruhan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI