fbpx

Lelaki direman bantu siasatan kes lupus peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO! ONLINE

GEORGE TOWN – Seorang penyelenggara bangunan ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan beg berisi peluru hidup dan peluru kosong di kawasan tempat pembuangan sampah di Bukit Jambul di sini, Selasa lalu.

Terdahulu, suspek berusia 47 tahun tiba di Mahkamah Majistret George Town di sini dengan menaiki kederaan polis, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan sebuah beg mengandungi sejumlah peluru hidup dan kosong jenis kaliber .22 ditemui di kawasan tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul.

Lelaki yang menemui bahan letupan itu telah menghubungi polis pada hari kejadian namun dia ditahan semasa disoal jawab di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira pukul 1 tengah hari semalam.

Suspek mengaku meletakkan peluru-peluru tersebut di lokasi berkenaan bagi tujuan pelupusan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI