fbpx

Peniaga kedai mainan miliki 110 senjata tiruan didenda RM4,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Faezyl (kiri) didenda RM4,500 setelah didapati bersalah memiliki 110 senjata tiruan di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Gara-gara memiliki 110 laras senjata tiruan dua bulan lalu, seorang pengusaha kedai borong permainan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Beliau memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama manakala RM2,500 untuk pertuduhan kedua.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Wan Muhammad Faezyla didakwa memiliki sembilan laras senjata palsu tiruan di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal, di sini pada pukul 2.30 petang, 5 Januari lalu.

Dia turut didakwa memiliki 101 laras senjata tiruan di kediamannya di Kerteh di sini pada pukul 3.45 petang hari sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan tersebut, Wan Muhammad Faezyl didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI