fbpx

8 rumah musnah akibat ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang musnah dalam kejadian ribut itu

SABAK BERNAM – Kejadian ribut yang membadai Sekinchan menyebabkan lapan buah rumah musnah di Jalan Ban Lesen Parit 4, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.48 pagi.

Katanya, sebaik tiba enam minit kemudian mendapati kejadian ribut kepala angin tersebut menyebabkan lapan rumah musnah ditiup angin kencang.

“Kita telah mengarahkan penduduk setempat keluar dari rumah yang musnah dan berkumpul di tempat yang selamat.

“Tiada mangsa yang cedera atau maut akibat kejadian itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan kejadian ribut yang sehingga menerbangkan bumbung rumah di sekitar Sekinchan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI