fbpx

Dewan Rakyat: Jenayah alam sekitar diserah kepada PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR -Penurunan kuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara cadangan bagi menangani kegiatan haram pelupusan sisa elektronik (`e-waste’) di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penurunan kuasa kepada PDRM untuk jenayah alam sekitar tersebut antara tindakan tegas yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

Menurut beliau, cadangan seterusnya adalah memasukkan jenayah alam sekitar di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959

“Ketiga, pindaan Akta Pelabuhan dan Peraturan Zon Bebas untuk tindakan terhadap ejen perkapalan yang membuat perisytiharan palsu.

“Keempat, menyenaraihitamkan syarikat-syarikat yang kerap melanggar undang-undang.

“Kelima, Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) agar semua aktiviti kitar semula berada di bawah Jadual Kedua Perintah Kualiti Alam Sekitar,” katanya pada sidang Dewan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) berhubung tindakan tegas kerajaan dalam membanteras penyeludupan e-waste ke dalam negara.

Nik Nazmi berkata, cadangan keenam adalah mewujudkan perundangan khusus untuk pengurusan pengimportan sisa.

Tambah beliau, manakala cadangan ketujuh mewajibkan pemeriksaan pihak ketiga bagi negara pengeksport sisa untuk memastikan barangan sesuai dengan ikrar.

Kata beliau, cadangan seterusnya adalah mengharamkan pengimportan sisa dari negara yang tidak meratifikasikan Konvensyen Basel.

Ujar beliau, cadangan berikutanya adalah mengutamakan sisa tempatan dan pengimportan sisa yang diperlukan oleh industri negara.

Terdahulu, katanya, di bawah Seksyen 34B, AKAS 1974, sebarang penempatan buangan terjadual sama ada di darat atau dalam perairan Malaysia serta aktiviti transit atau membenarkan `e-waste’ ditransit tanpa kelulusan Ketua Pengarah Alam Sekitar adalah satu kesalahan.

“Jika sabit kesalahan, hukuman yang boleh dikenakan adalah denda maksimum RM10 juta dan penjara tidak melebihi lima tahun berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI