fbpx

Pencuri telan barang kemas lebih RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan X-ray mendedahkan barang kemas yang dicuri dalam perut suspek. - Jabatan polis Orlando

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida ditangkap selepas menyamar sebagai wakil kepada seorang pemain bola keranjang terkenal dan menelan barang kemas bernilai ratusan ribu dolar, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Jaythan Gilder, 32, didakwa mencuri beberapa barang kemas yang ditunjukkan oleh pekerja butik Tiffany & Co selepas memberitahu mereka bahawa dia ‘mewakili’ seorang atlet profesional. 

Polis berkata, suspek ditahan selepas cuba melarikan diri bersama dua pasang anting-anting bernilai AS$769,500 (RM3.4 juta) dan cincin berlian. 

“Semasa soal siasat, Glider berkata barang kemas yang dicurinya tercicir ketika dia melarikan diri. 

“Namun, ujian X-ray mendedahkan beberapa objek asing di dalam perut suspek. Objek itu adalah barang kemas yang dicuri,” kata polis. 

Gilder didakwa atas kesalahan rompakan dan akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan tidak lama lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI