PETALING JAYA – Kesesakan luar biasa di Woodlands, Singapura menyebabkan ribuan umat Islam terpaksa berbuka puasa di atas jalan raya apabila gagal tiba di rumah masing-masing semalam.
Menurut pemilik akaun TikTok @emang_1998, kesesakan lalu lintas tersebut berlaku kira-kira pada pukul 7.45 malam sebaik sahaja azan berkumandang pada waktu maghrib.
Tinjauan daripada ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi.
“6.55 pm (petang) satu jam menunggu berbuka atas motor” kata seorang pengguna di TikTok.
“Kalau time nak berbuka rasanya singgah masjid dulu berehat dan berbuka. Di masjid sentiasa ada rezeki untuk orang berpuasa lebih-lebih lagi hujung minggu. Semoga awak semua selamat ya!,” komen seorang lagi pengguna di TikTok. -KOSMO! ONLINE