KUALA NERUS – Sebanyak 22 notis kompaun bernilai RM2,800 dikeluarkan ke atas peniaga bazar Ramadan di seluruh Terengganu atas pelbagai kesalahan sepanjang empat hari penganjurannya.
Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, antara kesalahan dikesan adalah menggaji pekerja yang tiada suntikan antitifoid, tidak memakai apron dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.
“Kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan terhadap 840 tapak bazar Ramadan di Terengganu. Pemeriksaan dijalankan oleh 410 anggota penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Terenggan,” katanya selepas memantau Bazar Ramadan Teluk Ketapang di sini, semalam.
Kasemani berkata, pemeriksaan itu akan diteruskan bukan sahaja di bazar Ramadan, malah pasar raya, kedai runcit dan pusat pembekal bahan mentah di seluruh Terengganu.- KOSMO! ONLINE