fbpx

[VIDEO] Rumah ranap ditelan puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular beberapa bumbung rumah penduduk diterbangkan puting beliung dalam kejadian di Parit 4 Sekinchan, hari ini.

PETALING JAYA – Beberapa penduduk ‘kehilangan’ bumbung rumah mereka selepas ditiup puting beliung dalam kejadian di Parit 4, Sekinchan, Selangor, hari ini.

Kejadian itu turut tular selepas video yang dirakam penduduk dikongsi di media sosial, selain beberapa gambar menunjukkan kerosakan pada kediaman mereka.

“Berlaku kejadian puting beliung sebentar tadi. Semoga mereka yang terlibat tabah menghadapi ujian ini,” menurut hantaran Facebook Love Sekinchan.

Dalam pada itu, ramai yang meninggalkan komen mendoakan keselamatan penduduk selain ketabahan mereka berdepan ujian pada bulan Ramadan ini.

“Semoga dipermudah segala urusan, diberikan kesabaran dalam menghadapi ujian,” kata Shazanita.

“Allahuakbar, kasihannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga kesemua mangsa diberikan ketabahan dan dipermudah segala urusan insya-Allah,” kata Norsidaamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI