PETALING JAYA – Isu mempersenda upacara agama Hindu membabitkan tiga penyampai radio terus mendapat perhatian ramai.
Berikut adalah kronologi kes tersebut:
4 Mac 2025:
-Penyampai radio segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin memuat naik video didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu
–Timbalan Presiden Malaysia Indian Congresss (MIC), Datuk Seri M. Saravanan menggesa Era FM membuat permohonan maaf kerana menyentuh sensitiviti agama.
–Trio penyampai radio tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
–Astro Audio membuat keputusan merehatkan tiga deejay radio tersebut.
–Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil semua terlibat untuk memberi penjelasan.
5 Mac 2025:
-Munabella dan Namie diumum pengendali baharu segmen 3 Pagi Era.
–Enam individu termasuk tiga deejay hadir memberi keterangan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
–MCMC mengeluarkan notis niat gantung lesen pengendali Era FM. Pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk memberi maklum balas terhadap notis.
–MCMC akan kemuka kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini. – KOSMO! ONLINE