fbpx

Tukang masak penerbangan maut rempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang berlaku di lampu isyarat Taman Semarak Nilai petang semalam.

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tanpa muatan di lampu isyarat Taman Semarak Nilai petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, kemalangan yang berlaku lebih kurang pukul 7 malam itu, melibatkan sebuah lori dengan sebuah motosikal.

Katanya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa sebuah lori jenis Hino yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dan motosikal jenis Honda RS yang ditunggang seorang lelaki berusia 35 tahun dari arah Nilai hendak menghala ke Mantin.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori telah berhenti di lampu isyarat kerana lampu berwarna merah, tiba-tiba datang motosikal dari arah belakang terus melanggar belakang lori tersebut disebelah kanan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang bekerja sebagai tukang masak penerbangan mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI