fbpx

‘Tiada lafazkan cerai hari ini, harap Linda balik rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEEGO hadir ke mahkamah untuk sebutan pertama tuntutan cerai isterinya. Linda Hashim. - Foto HELMI ANUAR

KUALA LUMPUR – Pelakon Beego nekad menyelamatkan perkahwinannya dan tidak akan melafazkan talak ke atas isterinya, Linda Hashim.

Menurut Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, dia mahu berunding agar kes tuntutan perceraian kali ini tidak berakhir dengan perceraian.

“Hari ini sebutan kes pertama. Saya dan peguam akan berbincang mengenai hal ini. Kalau tanya saya mengenai permintaan dia (Linda), saya tak akan lafazkan hari ini.

“Kemungkinan akan bawa ke satu rundingan lain untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Doakan yang baik-baik untuk saya. Itu sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tambah bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz itu lagi, dia enggan melafazkan talak sebelum mengetahui sebab utama Linda mahu diceraikan.

“Buat masa sekarang memang tiada tuntutan lain. Mungkin niat dia adalah untuk saya lepaskan dia.

“Bagi pihak saya pula sekurang-kurangnya ada satu rundingan akhir. Sebelum putuskan apa-apa pun, mestilah nak tahu kenapa dan sebagainya. Kalau boleh diselamatkan, selamatkanlah.

“Cuma dah lama saya tak dapat jumpa Linda. Kenyataan dia keluar dari rumah empat ke lima bulan itu betul. Saya harap dia boleh baliklah. Kita cuba tengok apa yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu pada 6 Februari lalu Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim , 41, telah memfailkan tuntutan cerai terhadap Beego buat kali ketiga.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa,11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI