fbpx

Penyanyi Bae Sobar Bae tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk prosiding jatuh hukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trak penjara yang membawa Eda Ezrin dan lima lagi individu tiba di pekarangan Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini. -Foto MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

NARATHIWAT, THAILAND – Lori Penjara Wilayah Narathiwat yang membawa penyanyi lagu Bae Sobar Bae, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini sebentar tadi.

Kenderaan tersebut tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul pukul 9.30 pagi waktu tempatan untuk prosiding jatuh hukum yang ditetapkan pada hari ini.

Lebih 10 petugas media dari Malaysia dan Thailand berkumpul di kawasan mahkamah tersebut bermula pukul 8 pagi waktu tempatan untuk membuat liputan kes tersebut.

Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin, suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, didakwa atas dua pertuduhan mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 14 Januari lalu.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah, namun tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat sini.

Sementara itu, Erdieka dan Zuhaira mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI