fbpx

Ramalan ribut petir, hujan lebat di KL dan 7 negeri sehingga 1 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca buruk bakal melanda ibu kota selain tujuh negeri termasuk seluruh Melaka sehingga jam 1 tengah hari ini.

Menerusi kenyataan daripada MetMalaysia, cuaca itu diramal di kawasan Negeri Sembilan iaitu daerah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

“Di Johor, cuaca sama dijangka berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala Sabah membabitkan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI