fbpx

Teluk Kemang banjir, 11 kediaman dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM memindahkan seorang mangsa banjir di Kampung Si Rusa iaitu warga emas wanita berusia 70an ke PPS Kampung Sawah Sunggala, di sini, pagi tadi. -Foto APM

PORT DICKSON – Sekurang-kurangnya 11 kediaman di Teluk Kemang, di sini, terjejas banjir kira-kira pukul 7.15 pagi tadi susulan hujan lebat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan berkata, kesemua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sawah Sunggala.

Menurutnya, pihaknya bersama pelbagai agensi di bawah Sekretariat Pengurusan Bencana Dearah telah memantau kawasan hot spot banjir tersebut dan cuaca masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai.

“Hasil tinjauan yang dibuat mendapati terdapat beberapa buah rumah yang dinaiki air. Dipercayai punca adalah disebabkan hujan lebat dan saluran longkang tersumbat.

“Untuk makluman, kami turut memindahkan seorang mangsa banjir iaitu warga emas wanita berusia 70an ke PPS bagi tujuan keselamatan. Buat masa ini, data mangsa banjir masih sedang dikumpulkan dan operasi masih berjalan,” katanya.

Difahamkan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang turut terjejas banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI