fbpx

Jakim buat laporan polis individu hina Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan polis berhubung tindakan individu memuat naik kandungan mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam di media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, Jakim memandang serius perkara tersebut dan turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

“Jakim telah melaporkan aduan rasmi kepada MCMC bagi tindakan lanjut terhadap kandungan yang menyentuh sensitiviti agama Islam.

“Laporan polis juga telah dikemukakan bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sirajuddin berkata, kenyataan di media sosial tersebut mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum.

“Oleh itu, semua pihak harus menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan dan ketegangan dalam masyarakat.

“Dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab,” katanya.

Ujar beliau, keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI