fbpx

Hina Hindu: Tindakan mohon maaf dipuji, siasatan polis tetap berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution bercakap kepada media selepas Majlis Penerapan Nilai Murni di Kompleks Setia Perkasa KDN hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji tindakan mohon maaf dibuat tiga penyampai radio Era FM susulan isu hina agama baru-baru ini, namun menyifatkan daripada segi undang-undang mereka tetap disiasat.

Saifuddin berkata, sudah menjadi tanggungjawab polis untuk menyiasat kes itu memandangkan laporan polis telah pun dibuat dan insiden tersebut memberi satu pengajaran supaya setiap rakyat di negara ini sentiasa sensitif terhadap agama lain.

“Perkara minta maaf itu merupakan satu perkara yang baik kerana mereka menyedari perbuatan itu tidak patut dilakukan, tetapi proses undang-undang mesti bermula dengan setiap aduan dan ia perlu disiasat.

“Soalnya ‘damage is done’ dan kesan dia adalah ada yang tersinggung ataupun terasa,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) akan memberikan sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bagi menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha PH berkata, beliau telah mendapat arahan daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan dan gerak kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI