fbpx

Anwar gesa pantau harga makanan bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menjengah bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City petang tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk lebih giat memantau harga makanan di bazar Ramadan seluruh negara.

Anwar berkata demikian selepas melawati bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City petang tadi.

“Di sela kesibukan tugas di pejabat, saya menjengah ke Bazar Ramadan Jalan Kuching, Taman City petang tadi sambil meninjau harga dan kualiti makanan yang ditawarkan.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk giat dan lebih agresif melakukan pemantauan, terutamanya di bazar-bazar Ramadan di seluruh negara bagi memastikan harga yang ditawarkan berpatutan dengan kualiti juadah,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X.

Pada lawatannya petang tadi, Anwar sempat beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di samping membeli sedikit juadah untuk berbuka puasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI