fbpx

Kerjasama bersama ARM bakal lahirkan 10,000 jurutera IC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga kiri) bersama Ketua Pegawai Ekskutif Arm, Rene Haas (tiga kanan) melakukan gimik Pelancaran Silicon Vision 2025 Kerjasama Strategik Malaysia - Peneraju Global Semikonduktor Bagi Pembangunan cip AI di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama ARM Holdings Pcl bersama kerajaan bakal melahirkan 10,000 jurutera litar bersepadu (IC) dalam tempoh empat tahun lagi.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, ia merupakan satu langkah penting dalam membina bakat tempatan berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada tenaga mahir Malaysia terutamanya dalam industri semikonduktor.

Beliau berkata, kerjasama ini akan memberi Malaysia akses kepada teknologi canggih seperti ARM Compute Subsystem (CSS), ARM Flexible Access, dan pelbagai teknologi lain.

“Di sebalik inisiatif ini adalah visi kerajaan bagi membangunkan cip (kecerdasan buatan) AI pertama Malaysia dalam industri maju, menggunakan pendekatan tempatan di setiap bahagian rantaian bekalan.

“Sebagai sokongan kepada misi Kerajaan Malaysia (GOM), ARM Holdings Pcl merancang untuk membuka pejabat di Malaysia bagi memperluaskan jangkauan ke pasaran ASEAN, Australia, dan New Zealand,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi turut berkata, kesan ekosistem daripada satu kitaran lengkap ARM CSS dianggarkan bernilai kira-kira RM133 bilion (dolar AS 30 bilion) dengan jangkaan limpahan ekonomi dalam inovasi, penciptaan pekerjaan, pertumbuhan gaji, eksport, dan pelaburan.

Rafizi menegaskan bahawa ini merupakan perubahan strategik, di mana kerajaan beralih daripada pemberian tunai tradisional dan pengecualian cukai untuk syarikat asing kepada memanfaatkan harta intelek sebagai daya tarikan.

“Kerajaan komited untuk memupuk inovasi tempatan dalam teknologi termaju seperti pelayan data AI, kenderaan autonomi, dan robotik.

“Dengan memanfaatkan AI Malaysia, membina tenaga boleh diperbaharui, dan mengukuhkan ekosistem cip, perkongsian ini bukan sekadar mengejar kemajuan, tetapi melangkah ke hadapan dalam teknologi masa depan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI