fbpx

KPDN rampas 1,531 kasut tiruan dijual secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamalludin (tengah) menunjukkan kasut tiruan yang dirampas dari sebuah premis di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh hari ini

IPOH – Sebanyak 1,531 kasut tiruan yang dijual secara dalam talian dari sebuah premis di Jalan Sultan Idris Shah di sini dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pukul 12.20 tengah hari tadi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan serbuan itu adalah hasil risikan oleh anggota penguat kuasa KPDN melalui aduan pemilik cap dagang selama seminggu.

Beliau berkata, premis itu disyaki menjual kasut berjenama terkenal dan menggunakan cap dagangan secara salah ke atas kasut berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan telah menemui sebanyak 1,531 unit kasut berjenama yang disyaki menggunakan cap dagang yang tidak sah.

“Wakil pemilik cap dagang telah membuat pengesahan awal dan kesemua kasut telah disita bersama dokumen perniagaan serta invois yang berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, dua orang lelaki warga tempatan berusia 18 tahun kedua-duanya ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM84,739 dan maklumat awal mendapati kasut itu dijual di laman dalam dalam talian terkemuka pada setiap hari dengan dua shif dibahagikan iaitu 9 pagi dan 5 petang.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 di bawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI