fbpx

Hotel sedia selipar berbeza elak dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH hotel menyediakan pasangan selipar yang berbeza. - Foto X/@udupendra

NEW DELHI – Sebuah hotel di Mumbai, India menemui cara unik untuk menghentikan tabiat mencuri selipar yang disediakan untuk pelanggan mereka, lapor portal berita India Today. 

Pihak pengurusan hotel itu menyediakan pelanggan sepasang selipar yang tidak sepadan.

Dalam catatan di platform X, Thejaswi Udupa berkongsikan gambar selipar yang diletakkan di dalam bilik hotel yang didiaminya.

Tanpa mendedahkan nama hotel tersebut, selipar itu dilihat mempunyai warna berbeza.

Satu selipar berwarna coklat, manakala satu lagi mempunyai warna kuning air.

Netizen bagaimanapun mempunyai pendapat berbeza mengenai pendekatan hotel itu.

Beberapa netizen menyifatkan cara tersebut sebagai bijak, manakala sebilangan yang lain menganggap ia mungkin tidak akan berjaya menghalang perbuatan mencuri selipar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI