fbpx

Lelaki gigih selamatkan lembu dari longkang kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berusaha menyelamatkan seekor lembu yang jatuh dari longkang. - Foto Veera Singam/Instagram

NEW DELHI – Satu rakaman video tular memaparkan kegigihan seorang lelaki menyelamatkan seekor lembu yang terperangkap di dalam sebuah longkang kotor, lapor portal berita India Today kelmarin. 

Video tersebut dikongsikan di laman Instagram oleh pengguna bernama Veera Singam dan dipercayai berlaku di India.

Klip itu memaparkan Veera dibantu oleh beberapa orang cuba menarik lembu yang bergelut untuk keluar dari longkang yang dalam dan sempit. 

Seutas tali diikat pada leher haiwan itu untuk mengangkatnya, tetapi percubaan tersebut gagal.

Namun, haiwan itu akhirnya berjaya dikeluarkan dari longkang tersebut dengan menggunakan tali.

Video itu menjadi tular, manakala netizen menganggap Veera sebagai wira kehidupan sebenar.

“Ini adalah tindakan kemanusiaan yang sebenar,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI