fbpx

Perang dagangan AS-China-Kanada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah kontena di Pelabuhan Lianyungang, China. - AFP

WASHINGTON – Kanada mengumumkan pakej tarif baharu yang akan dilancarkan dalam dua fasa dengan menyasarkan sebilangan produk Amerika Syarikat (AS).

Ia dilakukan sebagai tindak balas kepada tindakan Washington yang mengenakan tarif sebanyak 25 peratus terhadap barangan dari China, Kanada dan Mexico.

Antara yang diumumkan adalah tarif 25 peratus ke atas sejumlah barangan bernilai CAN$30 bilion (RM92 bilion) yang diimport dari AS.

Ottawa kemudian mengeluarkan senarai berpuluh-puluh produk AS yang disasarkan termasuk daging, ayam, tenusu, perkakas rumah, pakaian dan kosmetik.

Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata, tarif persekutuan itu akan kekal sehingga levi AS ditarik balik.

Ketua Menteri Ontario, Doug Ford pula mengumumkan surcaj 25 peratus ke atas tenega elektrik yang dihantar oleh wilayah itu kepada 1.5 juta isi rumah Amerika di beberapa negeri.

Sementara itu, China mengumumkan tarif sehingga 15 peratus ke atas sejumlah barangan import dari AS yang akan mula berkuatkuasa pada 10 Mac ini.

Kementerian Kewangan China berkata, ia akan mengenakan tarif tersebut ke atas 29 produk ayam segar dan beku, gandum, jagung serta kapas.

Menurut kementerian itu, tarif sebanyak 10 peratus juga akan dikenakan ke atas sorgum, kacang soya, daging babi, daging lembu, makanan laut, tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran AS.

Kementerian Perdagangan China turut mengumumkan sekatan ke atas eksport dwiguna kepada 15 syarikat Amerika termasuk Leidos dan General Atomics Land Systems. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI