fbpx

[VIDEO] ‘Stop kecam mak saya, itu pilihan dia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ain Sufiah

PETALING JAYA – Anak Bonda Rozita Ibrahim akhirnya bersuara mengenai khabar angin yang tersebar mengenai ibu dan bapanya sudah bercerai menerusi satu posting akaun TikToknya sebentar tadi.

Menurut Nur Ain Sufiah, dia menerima kehadiran teman lelaki baharu ibunya, malah hubungan ibu dan bapanya baik-baik sahaja walaupun tidak bersama lagi.

Tambah beliau, tindakannya untuk membuka mulut kerana tidak mahu adiknya menerima serangan negatif daripada orang luar.

“Tolong berhenti serang tanya soalan macam ini dekat anak buah Ain, adik-adik Ain sebab dorang kecil lagi. Dorang tak patut hadap benda macam ni.

“Ajal maut jodoh semua dekat tangan Tuhan. Dorang pun dah kahwin secara halal dan perkara itu patut diraikan. Jadi korang tak payahlah nak kecam lebih-lebih, memang rezeki Mummy Ain, syurga saya,” katanya.

Ain turut berharap supaya orang luar tidak perlu memikirkan hal peribadi keluarganya.

Tambahnya, tujuan dia membuat kenyataan itu ialah bagi mengelakkan fitnah dan kecaman yang semakin parah.

Bagaimanapun, gadis ini enggan mendedahkan punca sebenar penceraian ibu bapanya untuk menjaga peribadi masing-masing. – KOSMO! ONLINE

@ohbulanofficial Doakan yang baik-baik 🤲#ohbulan #fyp #news #anak #bondarozitaibrahim #sahkan #sudah #bercerai #sudah #kahwin ♬ original sound – OHBULAN!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI