fbpx

14 kompaun di dua bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peniaga bazar Ramadan yang diperiksa menerusi operasi dilaksanakan MPKS bersama PKD Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Ketidakpatuhan terhadap pengendalian makanan yang betul masih berlaku apabila sebanyak 14 kompaun dikeluarkan di dua bazar Ramadan di sini.

Operasi selama dua hari bermula hari pertama Ramadan itu dilaksanakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor dengan memeriksa 119 petak bazar dan 268 pengendali makanan.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Jefriee Ab. Manaf berkata, antara kesalahan dikesan adalah masing-masing empat kes iaitu tiada suntikan anti-tifoid dan tidak memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) seperti topi dan apron.

Katanya, kesalahan lain yang dikesan adalah tiga kes masing-masing untuk kuku panjang dan tiada lesen atau permit perniagaan.

“Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan dengan kadar kompaun setiap satu tidak melebihi RM1,000. Tindakan ini memastikan pematuhan peraturan kesihatan dan kebersihan makanan di bazar Ramadan demi keselamatan pengguna,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, selain kebersihan individu, kebersihan persekitaran di tapak bazar turut menjadi fokus utama pemantauan.

Justeru, peniaga diingatkan untuk menguruskan sisa makanan dengan baik dengan membungkusnya dalam plastik sampah serta menyediakan tong sampah yang sempurna.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan kehadiran serangga perosak seperti lalat yang boleh mencemari makanan.

“Sebagai langkah pencegahan penyakit bawaan vektor terutama aedes, sebanyak 100 risalah kesedaran telah diedarkan bersama 250 botol aerosol dan 24 kotak abate kepada pengunjung bazar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI