fbpx

Lelaki Amerika Syarikat didenda RM6,500 miliki sebutir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bei Khe (baju hijau) mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebutir peluru tanpa lesen senjata di Mahkamah Majistret Sepang, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) didenda RM6,500 di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebutir peluru tanpa lesen senjata, Sabtu lalu.

Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan membuat keputusan itu selepas tertuduh, Bei Khe, 28, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Tertuduh yang bekerja di AS itu diperintahkan menjalani hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. Bagaimanapun, tertuduh membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sebutir peluru jenis Rimfire tanpa suatu lesen senjata atau permit senjata yang sah. Kesalahan itu dilakukan di Tingkat 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, kira-kira pukul 12.05 tengah hari, Sabtu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.

Sementara itu, peguam tertuduh, Zaflee Pakwanteh dalam hujahannya memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya telah ditahan di KLIA Terminal 1 ketika sedang transit untuk pulang ke Yangon, Myanmar bagi melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini.

Menurut peguam, peluru dan beg yang mengandungi peluru itu adalah milik abang kepada tertuduh yang berada di AS dan tertuduh hanya meminjam beg tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI