PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir peniaga yang tidak menjaga kebersihan.
Melalui sebuah video yang dikongsi di TikTok Sarah Abdullah, beberapa peniaga didapati membuang sisa makanan dan minuman yang dijual di tapak jualan di merata tempat.
“Waktu ini pukul 11 ke 11.30 malam. Saja datang nak ambil angin dekat KL semalam. Macam biasa Dataran Merdeka ramai orang. Jalan pun ada bahagian nak masuk sesak.
“Tapi sayang, sedih tengok tempat cantik dikotorkan. @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh ke buang merata jadi kotor begitu?,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengingatkan peniaga supaya menguruskan sisa jualan mereka sebaiknya dan tidak mencemarkan alam sekitar.
“Sekarang faham kenapa DBKL tak bagi orang berniaga sebarangan? Tukang pembersihan bukan kerja 24 jam,” kata Kim.
“Bila kena serbu dengan DBKL, mulalah guna modal perkauman,” kata Jagung.
“Mentaliti beginilah yang merosakkan usaha negara nak jadi bersih. Sekaya macam mana pun negara itu kalau mentaliti rakyat tak ubah, susah,” kata Cabomba. – KOSMO!ONLINE
@biniabgtanjak Waktu ni jam 11 – 11.30 malam. Saja datang nak ambil angin kat kl semalam. Macam biasa Dataran Merdeka ramai orang. Jalan pun ada part nak masuk jem. Tapi syg sedih tengok tempat cantik di kotorkan. @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh ke buang merata jadi kotor macamtu? 🥹🤧 Ramai juga buat sewa sewa motor basikal juga korang boleh ambil angin malam lah gitu bersiar siar kat ruang di sediakan #dataranmerdeka #kualalumpur #kl #kldimalamhari #lewatmalam #lepakmalamminggu #healingkl ♬ original sound | Jom korang – Sarah Abdullah