fbpx

Dewan Negara: 1,114 majikan sertai Dasar Gaji Progresif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,114 majikan telah membuka akaun untuk menyertai Dasar Gaji Progresif (DGP) setakat 27 Februari lalu.

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 479 majikan telah mengemukakan permohonan dan tambahan daripada jumlah itu seramai 269 majikan telah menaikkan gaji yang ditetapkan.

“Berdasarkan hasil penilaian projek rintis Dasar Gaji Progresif yang telah dilaksanakan pada Jun sehingga Ogos 2024, selepas kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif, kerajaan memulakan dengan projek rintis terlebih dahulu iaitu Jun hingga Ogos 2024 dan berikut adalah keputusannya.

“Seramai 756 daripada 1,000 majikan yang disasarkan telah memohon untuk menyertai projek rintis DGP. Daripada jumlah tersebut 359 majikan telah pun menaikkan gaji seramai 3,710 pekerja mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya di Dewan Negara.

Tambah beliau, angka tersebut dijangka terus bertambah setiap bulan apabila majikan memenuhi syarat-syarat bagi memperoleh insentif kepada pekerja masing-masing.

Sebanyak RM200 juta diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 bagi pelaksanaan penuh DGP dan dijangka memberi manfaat kepada 50,000 pekerja tahun ini.

Program itu telah dilaksanakan secara menyeluruh sejak Januari lalu, meliputi semua sektor kecuali pentadbiran awam, pertahanan dan aktiviti badan luar wilayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI