PETALING JAYA – Pempengaruh, Mekyun menyampaikan rasa syukur dengan berpuasa penuh sehari apabila akaun TikTok miliknya yang mempunyai 1.4 juta pengikut disekat baru-baru ini sudah dikembalikan semula.
Terdahulu, Mekyun atau nama sebenar Wee Yu Nee berkongsi berita gembira tersebut menerusi platform media sosialnya itu.
Katanya, dia menyahut cabaran salah satu pengikutnya untuk berpuasa seharian sebagai penghargaan buat semua yang menyokongnya sepanjang ketiadaan akaun TikToknya.
“Dengan semangat yang semua berikan, Mekyun berniat nak puasa penuh hari ini,” sahut Mekyun.
Dia yang pernah memenangi Anugerah Pempengaruh Hiburan Terbaik Negara turut berkata, ibunya berpesan jika lapar, perlu ingat ada orang yang lebih susah dan sekiranya penat, harus ingat ganjaran yang lebih besar.
Abang kepada Mekyun atau mesra dipanggil Abe Wee turut menyertai misi puasa yang diberikan pengikutnya itu.
Menghadapi pelbagai dugaan sebelum berbuka, Mekyun akhirnya berjaya berpuasa penuh satu hari dan dia turut menikmati proses puasa berkenaan.
“Bukan senang, tapi Mekyun sedar satu benda hari ini, dalam hidup kadang-kadang kita rasa nak putus asa kan? Tapi bila ada orang percaya pada kita, itu yang buat kita bangun semula dan korang semua lah orang itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@mekyunnnnTak boleh nak ungkap dengan kata-kata betapa bersyukurnya Mekyun hari ni 🥹 Bila kehilangan sesuatu yang berharga, baru kita sedar betapa bermaknanya ia dalam hidup kita. Tapi yang lagi berharga? Sokongan tanpa henti dari korang semua ❤️ Terima kasih untuk setiap doa, setiap usaha, setiap kata semangat. Tanpa korang, perjalanan ni takkan sama. This comeback bukan tentang Mekyun sorang, tapi tentang kita semua. We made it back, together.