fbpx

Dua kilang ais diarah tutup, sembilan notis kompaun bernilai RM11,550 dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZALI menyampaikan cenderahati kepada seorang peniaga bazar Ramadan pada Majlis Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan peringkat negeri Pahang di Rompin semalam.

ROMPIN – Sebanyak dua buah kilang ais di negeri ini diberi arahan penutupan kerana didapati gagal memastikan premis berada di dalam keadaan bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, selain arahan penutupan kilang di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebanyak sembilan notis bernilai RM11,550 di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan.

“Pada bulan Ramadan ini penggunaan ais juga menjadi satu keutamaan kepada orang ramai, jadi sebanyak 15 buah kilang ais turut diperiksa dan sembilan notis dikeluarkan kerana pemilik gagal mengadakan dan menyediakan program jaminan keselamatan makanan.

“Selain itu pemilik juga tidak mengadakan sistem kebolehkesanan makanan, pengendali makanan tidak mengenakan apron semasa mengendalikan ais dan ais yang dijual tidak mempunyai label seperti diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Walkabout Kempen Keselamatan Makanan di Bazar Ramadan peringkat negeri Pahang di sini semalam.

Menurut Razali, pada masa ini terdapat 17 kilang ais batu yang berdaftar di Pahang dengan 15 daripadanya adalah kilang ais untuk minuman dan dua lagi ais untuk penyimpanan ikan dan makanan laut.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan mengenai kebimbangan pengguna terhadap kebersihan ais kiub dan kewujudan kilang-kilang ais kiub yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa.

Pemilik kilang terbabit dikatakan mendapat untung besar kerana produk mereka menerima permintaan tinggi apabila dijual lebih murah berbanding kilang yang berdaftar dan mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI