fbpx

UCL: Borussia Dortmund optimis ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Borussia Dortmund terdesak untuk mengulangi magis selepas layak ke final UCL musim lalu. - Foto ihsan UEFA

DORTMUND – Jurulatih Borussia Dortmund, Niko Kovac menyeru barisan pemain untuk menggandakan usaha jika mahu lolos ke suku akhir selepas seri 1-1 bertemu Lille dalam aksi pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Signal Iduna Park itu, Dortmund dilihat agak bergelut untuk memanfaatkan peluang di laman sendiri dan hanya meraih gol menerusi penyudah Karim Adeyemi sebelum Lille menyamakan kedudukan hasil rembatan Hakon Arnar Haraldsson.

Kata Kovac, peluang untuk kedua-dua pasukan mara ke kelompok lapan pasukan terbaik masih terbuka tetapi pemain digesa untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan kedua di Perancis minggu depan.

“Pada babak pertama, kami bermain dengan baik dan mencipta banyak peluang. Situasi berbeza pada separuh masa kedua apabila Lille mula berikan tekanan dengan melakukan asakan bertali arus.

“Saya mahu pemain lupakan segera keputusan ini dan kekal fokus pada perlawanan di tempat lawan nanti. UCL adalah saingan yang sukar kerana di pusingan ini, tiada pasukan yang lemah dan Lille sangat berkualiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI