fbpx

UCL: PSV tergamam ‘dibantai’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mikel Merino berjaya menjaringkan satu gol buat Arsenal pada aksi ACL awal pagi tadi. - Foto ihsan Facebook Arsenal

EINDHOVEN – Pengendali PSV Eindhoven, Peter Bosz mengakui pasukannya sudah boleh mengibarkan bendera putih selepas tewas 1-7 kepada Arsenal dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, PSV merekodkan kekalahan terbesar dalam sejarah kelab di peringkat Eropah dengan membiarkan The Gunners meledak tujuh gol dan hanya meraih jaringan sagu hati menerusi sepakan penalti Noa Lang.

Menurut Bosz, barisan pemain ternyata tidak bersedia untuk mengharungi perlawanan kompetitif berbanding Arsenal yang mempamerkan kelas tersendiri dalam aksi di Stadium Philips itu.

“Kita hanya ada dua peluang pada babak pertama yang mana satu terkena palang dan satu lagi menerusi gol sepakan penalti. Selepas itu, kami hanya bertahan dan tidak berada pada tahap terbaik.

“Pujian wajar diberikan kepada Arsenal kerana mempamerkan corak permainan hebat, manakala pasukan kami hanya beraksi di bawah tahap sebenar,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI