fbpx

‘Kahwin lain nanti, tak boleh duduk rumah, pakai kereta saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Nilam Ortiz menetapkan beberapa syarat kepada suaminya pelakon, Azlan Komeng sebelum lelaki terbabit menikahi wanita lain.

PETALING JAYA – Akur bakal dimadukan, usahawan selebriti Nur Nilam Ortiz menetapkan beberapa syarat kepada suaminya pelakon, Azlan Komeng sebelum lelaki terbabit menikahi wanita lain.

Nur Nilam, 46, berkata, syarat tersebut digariskan kerana poligami bukan perkara yang mudah apabila memerlukan tanggungjawab seadilnya terutama sebagai ketua keluarga.

“Awak nak kahwin boleh, tiada masalah. Tapi saya letakkan syarat saya.

“Dah kahwin nanti tak boleh duduk rumah saya. Awak tak boleh guna kereta saya. Awak kena usaha sendiri,” katanya dalam perkongsian video TikTok.

Nur Nilam turut memaklumkan Azlan bukan bekerja dengannya, tetapi hanya dilantik sebagai duta bagi promosi produk syarikat miliknya.

Katanya, suaminya itu perlu melunaskan nafkah buat kedua-dua kediaman termasuk untuk dirinya selepas dia berkahwin lain nanti.

“Ya, awak hanya duta syarikat saya, bukannya bekerja dengan saya.

“Lagipun, saya dah bercakap dengan Abang Lan (Azlan) kalau berkahwin dia kena jaga dua rumah. Rumah saya dia kena bayar, nafkah kena bagi,” kongsinya.

Luahan Nur Nilam yang juga pelakon meraih perhatian di media sosial yang rata-ratanya menyokong tindakannya mendapatkan hak sebagai isteri.

Menerusi hantaran lain, dia juga mengakui sudah bertemu bakal madu seterusnya memberi keizinan suami berkahwin lagi, sekali gus menafikan pendedahan dilakukan hanya untuk kandungan media sosial.

“Ya betul, Azlan akan berkahwin lagi dan saya sudah bagi ‘green light’ sebab dia nak, saya nak buat macam mana.

“Semua orang cakap sekadar ‘content’, tapi tidak. Saya sudah bertemu wanita itu minggu lalu tapi sekarang Azlan tak beri kata putus, saya ada bertanya, dia mengelak.

“Wanita ini bertegas nak kahwin dengan Azlan. Dia mahu saya datang meminang dalam bulan puasa dan bernikah Aidilfitri ini. Azlan belum beri kata putus. Kalau Azlan setuju, saya pergi meminang, tapi hari nikah saya tiadalah,” kongsinya.

Beberapa hari lalu Nur Nilam memberi bayangan bakal dimadukan dengan mendakwa suaminya kini dalam perancangan untuk berpoligami.

Susulan pendedahan tersebut, ramai meluahkan simpati terhadapnya yang tetap di sisi Azlan ketika pelakon itu hampir lumpuh dan perlu diuruskan sepenuh masa akibat kemalangan pada 12 Oktober tahun lalu.

Sepanjang tempoh suami terlantar dia yang berusaha mencari rezeki buat keluarga sehingga aktor terbabit kembali sihat dan mampu berjalan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI