fbpx

60 peratus pemegang AP daging adalah bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee (tiga kiri) menunjukkan hasil tuaian cili fertigasi yang dihantar oleh peladang ketika melakukan lawatan kerja ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL), Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat di Telok Panglima Garang di sini hari ini.- Foto FAUZI BAHARUDIN

KUALA LANGAT – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyangkal dakwaan pengimport daging bumiputera dinafikan hak sebaliknya 60 peratus pemegang permit import (AP) terdiri daripada kumpulan tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ini termasuk syarikat Darabif Meat dan Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang merupakan antara pemegang AP bumiputera yang menonjol dari segi kuantiti dan daya saing mereka.

“Berdasarkan rekod MAFI mendapati 60 peratus pemegang AP adalah di kalangan Melayu Bumiputera namun dari segi volume (jumlah) tidak boleh ditentukan berikutan urusan perniagaan masing-masing.

“MAFI mengeluarkan kuota import bergantung kepada kapasiti perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan secara lanjut jumlah pemegang AP daging di negara ini.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendedahkan pengimport daging bumiputera dinafikan hak dan peluang dalam industri itu dengan hanya 10 peratus sahaja pengimport dari kumpulan itu di negara ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ronald memberitahu, tiada pemegang AP disenarai hitam setakat ini susulan kes kartel daging namun terdapat daripadanya kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI