fbpx

Penyampai 3 Pagi Era disiasat, hadir ke Bukit Aman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabil Ahmad (kiri), Radin Amir dan Azad Jasmin (kanan sekali) tiba di Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

KUALA LUMPUR – Tiga penyampai radio 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Amir dan Azad Jasmin tiba di Bukit Aman pagi ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Ketiga-tiga mereka yang menaiki Toyota Alphard hitam tiba sekitar pukul 10.30 pagi.

Difahamkan, selain mereka, tiga lagi kakitangan Era FM turut dipanggil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media semalam melaporkan, polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM susulan video tular yang memaparkan beberapa individu daripada stesen radio itu didakwa mempersendakan upacara keagamaan penganut Hindu.

Laporan dibuat seorang jurutera berusia 44 tahun selepas melihat hantaran video di Facebook yang memaparkan beberapa individu dari stesen radio terbabit didakwa bersorak ‘Vel, Vel’ sambil seorang lelaki menari.

Semalam, tular video permohonan maaf daripada penyampai 3 Pagi Era berhubung isu berkenaan selepas rakaman kontroversi mempersenda tarian kavadi dalam upacara Thaipusam kepada Dewa Murugan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Rakaman yang sudah dipadam daripada platform media sosial stesen itu memaparkan seorang individu meniru tarian kavadi sambil menyebut ‘Vel, Vel’ diikuti gelak tawa rakan-rakan lain.

Tindakan itu mengundang kritikan hebat kerana dianggap tidak menghormati tradisi penganut Hindu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI