fbpx

MBSP keluar 15,588 saman letak kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang anggota penguatkuasa MBSP memeriksa kenderaan yang tidak membayar caj letak kenderaan di kawasan parking sekitar Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Sebanyak 15,588 keping kompaun atas kesalahan meletak kenderaan telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam tempoh sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud berkata, pihaknya bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti mengapa jumlah kompaun itu agak tinggi dalam tempoh yang singkat iaitu kurang daripada sebulan.

“Kita tidak tahu mengapa ini terjadi. Adakah sistem (tempat letak kenderaan) itu yang bermasalah atau penduduk Seberang Perai sendiri yang masih belum memahami sistem itu sepenuhnya.

“Apapun, kita akan perbaiki segala kelemahan yang ada dan berusaha untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kita ke tahap yang lebih baik selepas ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penuh MBSP kali yang pertama untuk tahun 2021 di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Menyentuh isu berkaitan juga kata Rozali, MBSP kini telah mula mengguna pakai hampir sepenuhnya aplikasi Penang Smart Parking bermula tahun ini.

“Bagaimanapun, kelonggaran masih diberikan kepada beberapa individu tertentu yang belum memahami penggunaan sistem tersebut dengan adanya 186 ejen kupon elektronik atau e-kupon yang dipertanggungjawabkan untuk tujuan itu di beberapa lokasi yang telah ditetapkan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI