fbpx

Zakat fitrah Kedah kekal RM7 beras tempatan, RM14 beras import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syeikh Fadzil (kanan) di samping Norizan (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Datuk Zakaria Othman menunjukkan kadar zakat fitrah di Menara Zakat, Alor Setar pada semalam.

ALOR SETAR – Di sebalik kekeliruan berhubung beras campur, umat Islam di negeri ini diseru menunaikan zakat fitrah mengikut kegunaan masing-masing iaitu RM7 bagi beras tempatan dan RM14 beras import.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berkata, kadar tersebut kekal sehingga pihaknya memperincikan kajian berhubung perkara itu di peringkat kerajaan pusat.

“Kita belum lagi membuat satu kajian secara mendalam kerana pertamanya, kita perlu mengenal pasti tentang cara mencampuri beras ini. Adakah ia dicampurkan sama ada lebih banyak beras tempatan daripada yang betul dan sebagainya? Kita belum lagi.

“Walau bagaimanapun kita mengikuti perkembangan di sana (pusat) iaitu langkah-langkah untuk melihat secara lebih terperinci berkenaan dengan cara mencampur antara beras tempatan dengan beras import itu.

“Jadi, setelah melihat apa yang akan dilakukan di sana dan kriteria-kriteria yang akan diperlukan barulah kita di sini akan menyusuli melihat dan memberi pandangan, sehingga itu kadar tersebut kekal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengumuman Prestasi Keseluruhan Kutipan dan Agihan Zakat Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Ketetapan Zakat Fitrah tahun ini di Menara Zakat, di sini semalam.

LZNK semalam menetapkan dua kadar zakat fitrah iaitu RM7 dan RM14 berbanding tiga kadar seperti tahun sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI