fbpx

SPRM rakam percakapan Ismail Sabri Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hari ini terpaksa ditangguhkan atas sebab kesihatan.

Menurut sumber, sesi rakaman percakapan itu dijadualkan semula pada Jumaat, pukul 10 pagi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Kata sumber, Ismail Sabri mempunyai sijil cuti sakit dan tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan ketika ini.

Terdahulu, SPRM mengesahkan Ismail Sabri kini disiasat pihaknya berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ahli Parlimen Bera itu ketika menerajui kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI