fbpx

‘Abah rindu akak, rindu semua anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abah Harun hanya ingin menyambut Ramadan bersama anak-anaknya yang tercinta.

PETALING JAYA – Seorang bapa meluahkan rasa sedih kerana terlalu rindukan anak-anaknya apabila sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.

Perasaan sedih itu semakin bertambah apabila tibanya bulan Ramadan, namun belum ada perjumpaan sebagai sebuah keluarga bahagia setakat ini.

Menerusi satu hantaran di Tik tok, pemilik akaun bernama Abah Harun turut menyuarakan harapan agar pintu hati anak-anaknya terbuka untuk pulang sekiranya video berkenaan sampai kepada mereka.

“Semoga terdetik hati anak-anak abah jumpa abah ye nak,” katanya.

Dia turut menyebut nama panggilan anak-anak seolah-olah memanggil mereka untuk pulang menjalani ibadah puasa bersama.

“Abah rindu akak, rindu semua anak-anak,” tambahnya.

Menjengah ruangan komen, kebanyakkan netizen menyampaikan rasa simpati dan emosi mereka mengenai video terbabit.

“Tak mengapa abah, abah ada kami semua, abah sihat selalu ye, jaga kesihatan dan jangan sedih, Insyaallah Allah akan jaga abah sebaik mungkin, abah jangan lupa doa dekat Allah tau,” komen Saifulsatar_ .

“Abah, walaupun saya bukan anak abah tapi saya sedih tengok abah dan saya tak mampu nak menolong abah, semoga abah murah rezeki selalu,” balas bunga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI