PETALING JAYA – Tular lagi rakaman video seorang wanita di aplikasi TikTok yang meluahkan kekecewaannya selepas terbeli ayam yang masih mentah dan belum masak sepenuhnya.
Difahamkan, wanita yang menggunakan nama @myliyaaaa itu membeli ayam lauk jenis bakar tersebut dari sebuah bazar Ramadan.
Perkongsian itu kemudian mendapat respon daripada netizen yang memberi reaksi terhadap video tersebut.
“Dia memang gitu kak.. Tu namanya half cook campur blindspot chicken,” kata Aana201909.
“Semua kata ala masak je balik simple..hello dh meniaga tu meniaga la elok2 ikhlas lah sikit.orag beli sebab nak makan cepat.kalau balik rumah mentah lagi kena masak smula apa beza dgn masak sendiri.
Kalau kena batang hidung sendiri baru tau. Bukan nak merumitkan,tapi beli sebab nak senang makan terus,ni kita lak kena masak balik.banyak cantik.beli harga dah masak,tapi customer pula kena masak lagi,” kata AyshaaSH.- KOSMO! ONLINE