fbpx

Liga Super: Kuching City ‘cakar’ Tok Gajah di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tonggak Sri Pahang, David Rowley diasak pertahanan The Cats, Rodney Celvin Akwensivie pada aksi Liga Super sebentar tadi. - Foto ihsan FB Sri Pahang

KUANTAN – Ketiadaan khidmat pemain sensasi, Kpah Sherman menjejaskan rentak Sri Pahang selepas tewas 0-2 kepada Kuching City pada aksi tertunda Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.

Perlawanan yang bermula dari kiraan minit ke-32 itu,  skuad Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad gagal untuk menembusi benteng Kuching City yang datang dengan kelebihan satu gol pada aksi 2 November tahun lepas.

Malah, penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan nyaris tertewas dengan serangan pantas pelawat tetapi kedudukan kekal hingga tamat aksi 15 minit separuh masa pertama.

Namun, hasrat tuan rumah untuk meraih satu mata tidak kesampaian apabila pemain gantian The Cats, Zarul Izwan Zulkifli berjaya melepaskan sepakan kaki kiri untuk gol ketiga peribadinya musim ini.

Sebagai rekod, pada 2 November lalu , MFL mengumumkan perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan Kuching City yang dihentikan pada minit ke-30 akibat hujan lebat ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang tidak sesuai untuk beraksi.

Ketika itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa selepas menanduk bola sepakan penjuru pada minit ke-14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI