PETALING JAYA – Vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaharunya, vivo V50 yang menampilkan reka bentuk elegan dengan pilihan warna eksklusif termasuk Ancora Red.
Menurut vivo Malaysia, model ini meneruskan kerjasama strategik dengan ZEISS untuk memperkasakan fotografi potret mudah alih selain diinspirasikan daripada keindahan alam semula jadi.
“Daripada gunung yang megah hingga ke lautan yang luas, setiap elemen pada vivo V50 direka bagi memberikan pengalaman visual yang menakjubkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ancora Red, mengambil inspirasi daripada warna lembah batu pasir, menggabungkan unsur semangat dan sofistikasi menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menghargai gaya berani dan elegan.
Selain itu, vivo V50 hadir dengan modul kamera dwi cincin yang menampilkan ukiran berkualiti tinggi, corak berlian matte serta potongan sudut berkilauan mencerminkan reka bentuk mewah.
Paparan Edgeless Immersion Display pula memberikan pengalaman visual tanpa batas dengan bezel yang hampir tidak kelihatan dan bingkai melengkung yang menyerlahkan efek skrin terapung.
Bersempena pelancaran vivo V50 dan musim perayaan Aidilfitri, vivo Malaysia menawarkan diskaun RM100 bagi pelanggan yang membuat pra-tempah menggunakan pelan ansuran SPayLater.
“Promosi ini berlangsung dari 1 Mac hingga 30 April ini dengan pelanggan menikmati diskaun 15 peratus serta rebat maksimum RM100 bagi pembelian di mana-mana kedai konsep vivo seluruh negara.
“Diskaun SPayLater tersedia untuk semua pembelian telefon pintar, namun kempen kali ini memberi tumpuan khas kepada rebat RM100 bagi vivo V50 sepanjang tempoh jualan awalnya,” ujarnya.
Pelancaran rasmi vivo V50 dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my atau mengikuti media sosial rasmi mereka di Facebook dan Instagram. – KOSMO! ONLINE