fbpx

KDN sasar peningkatan daftar MyDigital ID suku kedua tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada majlis iftar menteri KDN bersama pengamal media 2025 di BoraOmbak Marina Putrajaya, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan kadar pendaftaran MyDigital ID dijangka meningkat suku kedua tahun ini susulan strategi baharu diambil Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi proses itu, rakyat Malaysia seawal umur 12 tahun akan didaftarkan secara automatik dalam sistem MyDigital ID.

Beliau berkata, pihaknya berharap strategi itu akan membantu meningkatkan pendaftaran itu sekali gus memudahkan rakyat untuk log masuk tunggal dalam setiap transaksi perkhidmatan kerajaan.

“Selain pendaftaran automatik kepada rakyat yang mencapai usia 12 tahun itu, strategi lain adalah pendaftaran semasa kehilangan MyKad yang juga akan didaftarkan secara automatik.

“Ketika MyKad hilang, dia (pemilik) pergi ke JPN dan kita akan daftarkan dia kepada MyDigital ID,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Menteri Dalam Negeri Bersama Pengamal Media 2025, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd., Azlan Jaafar dan pengamal media pelbagai agensi berita tempatan.

Katanya, strategi itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Identiti Digital Nasional yang dipengerusikannya hari ini.

Saifuddin berkata, walaupun ia bukan satu kewajipan dari segi undang-undang, namun penggunaan MyDigital ID akan menjadi satu keperluan utama dalam urusan kerajaan dan seterusnya diperluaskan kepada sektor swasta.

Menurutnya, setakat ini, seramai 1.8 juta rakyat Malaysi telah mendaftar MyDigital ID sejak ia dilancarkan tahun lalu.

“Angka ini masih rendah, sedangkan manfaat MyDigital ID sangat besar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI